Saturday, January 30, 2010

asap.

Berdasarkan apa yang aku nampak, adalah impossible untuk memuaskan hati dan nafsu seorang makhluk bernama wanita. They'll never satisfy no matter how hard we try. Adapun cuma one in a million. Can't they just accept us for what we are and not for what we are not? Aku tak cakap semua, but majority macam tulah. But if ada wanita yang sedang membaca blog ini merasakan diri anda tidak begitu, baguslah.
Tepuk dada, tanya selera.

Hembusan asap dari bong yang diberi nama shisha aku lepaskan perlahan lahan. Berkepul kepul asap naik ke udara dan hilang di sebalik atmosfera yang semakin hampir ke tarikh luputnya.

"Jangan kata dah serik nak jatuh lagi?" soalan pertama diberikan.

"*Gelengan kepala*" jawapan pertama aku berikan.

"Habis tu? Kenapa belum buat your first move?" soalan kedua diberikan.

"*Jungkitan bahu*" jawapan kedua aku berikan.

"Jangan melepas sudah." statement pertama diberikan.

"Biar melepas, sakitnya tidak sesakit dilepaskan" statement pertama aku berikan.

"Kenapa kau masih ingat benda tuu?" soalan keempat diberikan.

Aku terus menyedut asap dan melepaskan, sedut dan melepaskan. Asap asap yang sedang berkepul naik, aku tiup. Aku senyum.

"Sebab benda tu cikgu aku, dia pengalaman aku" jawapan keempat aku berikan.

"Dan sepatutnya pengalaman mengajar kau dewasa" statement kedua diberikan.

"Belum tiba masa aku dewasa, aku hanya membesar" statement kedua aku berikan.

Perbualan berterusan tanpa aku sempat mengingati apa kesudahannya. Bagi aku, aku bukan lagi anak kecil yang hanya gelak bila ditipu tentang cerita dongeng yang kesudahannya adalah, soo, they live happily ever after. That's bullshit. Totally bull. Entah macam mana aku boleh percaya kisah dongeng tu dulu. Mungkin sebab aku masih kecil, hati masih bersih, masih suci, fikiran masih putih.

Perbualan berkisar tentang wanita sememangmya hanyalah perbualan kosong, tapi menarik. Isinya mampu dikupas macam kulit bawang. Banyak, sebab tu aku berani katakan, wanita itu menarik, interesting. Tanpa Hawa, siapalah Adam. Setiap kejayaan Adam bermula dari seorang Hawa. Sebab tu Adam sayang Hawa, tapi Hawa? Ahh, jangan sampai Adam hilang hormat pada Hawa.


Friday, January 15, 2010

Reciprocal

"I promise!"

"Betul?"

"Betul. I promise yang kita akan still keep in touch, kita takkan lost contact. If I ada bf I'll let you know, and you too, if ada gf let me know, jangan senyap je, tau tau tau"

"Thank you! I pegang janji you tau. Dah dah, jangan nangis *pretending to laugh*"

"Okaaay. *crying + laughing* I stop I stop"

Heh. Kenapa manusia selalu macam tu, atau dia yang selalu macam tu? Mak selalu cakap, aku paling kuat part love story ni, abang abang aku semua dah kecundang, dah pernah buang ego menangis depan mak abah. Abah ckp adik paling kuat, tak pernah nangis, relax je. Aku tersenyum mengenangkan kehipokritan aku Hakikatnya, aku lah yang paling lemah. Tapi akhirnya aku tewas jugak, bersaksikan mak abah, aku merembeskan air mata jantanku keluar. Bak kata jodin, to be in love, you have to be mentally fit. Mungkin aku terlalu tidak ambil peduli kata kata tu, hanya mengiakan je. Aku masih ingat segala apa yang dia cakap kat aku dulu, tidak satu pun yang terkurang atau terlebih. Mungkin kerana itu,

"Asal you buat i macam baju?! You ingat i ni apa?!" soalnya marah.

"Bajulah." jawabku sinis, terus berlalu.

Maaf, aku terpaksa menutup telinga, menghalang dari membiarkan tangisan kau memcahkan gegendang telinga aku dan megacau hati aku lagi. Bukan salah kau, semua salah aku. Aku yang mulakan dan aku suka lihat kaum Hawa habiskan. Semua orang, semua benda berubah, cuma yang takkan berubah adalah "berubah".

Sunday, January 10, 2010

sorry lah kan, -.-

Outing yang sepatutnya gempak jadi busuk. Just because of a breakfast yang aku taktau anything and just dapat tahu around 2 a.m. Just because of a breakfast yang aku tak janji apa apa nak datang. I feel like kicking your ass today. Aku tak nampak any reasons why on earth kau nak kerek gila babi dengan aku today. Bukan sekali tapi banyak kali. Anyways, aku nak mintak maaf lah kan if aku SELALU tak dapat join kau if ada apa apa kan and memang aku selalu langsung tak cuba untuk join kau, kan kan kan, aku mintak maaf, and thank you very much sebab faham situation aku. Sebab rumah aku dengan rumah kau memang dekat, memang ada public transport, memang parents aku tak bising pasal duit minyak, memang mak ayah abang aku tak bising pasal jadi driver aku, memang aku senang gila nak keluar kat sini. Aku memang cukup tidur just because taknak kecewakan korang today. Thanks lah for today. Gila enjoy.

Wednesday, December 23, 2009

Melting point.

"You look beautiful today sayang"

"
Ahh, lelaki, semua sama je, ada je ayat manis nak gula - gulakan perempuan"

"And perempuan, selalu sangat curiga. Kenapa kan? If lelaki tak bagi ayat manis manis macam ni, cakap kita tak pandai jaga hati lah, but if bagi, cakap kita tipu, ada udang di sebalik batulah. Agaknya korang ni memang diciptakan kompleks kott, supaya kitorang lelaki lebih berfikir.Mungkin lah"

"Sayaaaang, you marah ke?"

"Taklah. I cakap fakta je. Dah dah. Jom."

Mereka berlalu sambil berpegangan tangan. Aku hanya membuntuti mereka dari belakang. Senyuman mereka, membuatkan aku cemburu. Ahh, perlu ke? Mungkin. Aku pun manusia biasa, ada hati dan perasaan. Aku mengambil keputusan untuk tidak bersama mereka. Biarlah mereka enjoy atau dalam erti kata lain, aku belum bersedia menghadapi situasi ini.

"John, aku kena gerak dulu. Ada hal."

"Hal apa, kan dah janji nak tengok wayang dengan kitorang today?"

"Adalah. Nanti aku cerita" kataku dengan mata yang redup.

John menggeleng. Sempat lagi dia berbisik "
Sudah sudah lah tu."

Aku hanya mampu tersenyum. Kaki pantas melangkah meninggalkan mereka. Aku nampak cab, aku tahan. Aku masuk. Aku nyatakan destinasi ku, lantas memejamkan mata.

"
Dik dah sampai."

"Berapa bang?"

"Rm23"

Aku menghulurkan 3 keping not merah. "
Baki abang simpan lah, thank u"

Aku suka duduk di sini. Dari sini, aku mampu melihat semua. Aku mampu tersenyum di sini.

Cuaca yang
awesome. Traffic yang super. Mood yang brilliant. Perfect.

I need u badly now ngok.

Thursday, December 17, 2009

we'll skip the goobye.

Kekurangan aku, kelebihan kau bukan? Tapi kekurangan kau, belum pasti menjadi kelebihan aku. Aku sentiasa berada satu tahap di bawah kau, Aku cuba mengatasi kekurangan kau menggunakan kelebihan aku, tapi aku sentiasa gagal. Jarang sekali aku berjaya. Pause. Tak pernah aku rasa. Tapi aku tak pernah salahkan kau, mungkin memang kita dilahirkan sebegini rupa. Jujur aku katakan, perasaan memberontak aku bermula setiap kali aku menolong kau dari belakang. Acapkali aku bermonolog sendirian, mengatakan kau berjaya atas pertolongan aku. Aku sedar itu, tapi acapkali juga aku pasti tolong kau. Aku rasa seronok lihat kau seronok. Kau berjaya mungkin hasil dari pertolongan aku yang kau tidak tahu, atau pun mungkin dari hasil usaha kau sendiri. Wallahualam. Entah kenapa, setiap kali lepas aku tolong kau, aku tersenyum. Mengharapkan karma. Tak ikhlas ke aku? Atau aku hanya dibayangi hasutan syaitan? Entahlah, abah pernah cakap, pemberian atau pertolongan seseorang itu akan menjadi tak ikhlas apabila dia menyebut “Aku ikhlas ni”. Kata abah, seseorang itu tidak mungkin tahu bahawa dia ikhlas atau tidak, ikhlas itu hanya antara dia dan Allah. Seseorang itu hanya mampu mencuba untuk mengikhlaskan dirinya. Aku terfikir, kadangkala aku tolong orang atas dasar simpati, terpaksa,marah tapi aku still cuba mengikhlaskan diri sebaik mungkin, tapi perasaan “alaaaaa, leceh ah, hiiiish” sentiasa bermain dalam hati dan kepala aku. Ikhlas ke aku? Wallahualam. Ikhlas tu bagi aku sesuatu yang sukar untuk ditakrifkan. Tapi sejak kebelakangan ni, aku lebih memberikan ruang kepada diri aku untuk memberikan ruang kepada diri kau. Aku cuba untuk tidak menolong kau. Sebenarnya, aku pun tidak tahu kenapa aku perlu tolong kau. Mungkin bagi aku, kejayaan aku hanya akan terbit menerusi kejayaan kau. Kejayaan aku berada di dalam kejayaan kau. Dan tiap kali aku lihat kau tersenyum, pasti juga aku tersenyum, tapi dalam kelalaian aku tersenyum, datang makhluk bertanduk dua membisikkan kalimah kalimah nya. Dan seringkali itu aku termakan hasutannya, tanpa aku sedar. Hebat ke makhluk bernama syaitan, atau lemahnya insan bernama Azril ini? Ya Allah, bantulah aku.

Aku tahu aku telah banyak diberikan peluang oleh Dia. Terlalu banyak, sehingga aku tidak tahu apa sebenarnya yang perlu aku lakukan lagi. Kesakitan, kemalangan, kematian. Satu persatu aku diuji. Kadangkala aku tertanya tanya mengapa aku? Allah tidak akan menguji manusia lebih dari apa yang mampu ditanggungnya. Mungkin itulah jawapan kepada persoalan aku selama ini. Dan kerana itu, aku tahu, aku harus lebih mendekatkan diri dengan Dia. Entah kenapa hati aku tergerak untuk menulis perihal ini, mungkin aku hanya ingin sekadar mengingatkan diri aku perihal dosa dosa aku, perihal kelalalaian aku. Aku cuba menginsafkan diri aku. Terlalu berat bahu kiri aku berbanding bahu kanan aku. Aku perlu ubah itu. Aku perlu. I’ll fight and defense. Betul kata orang, Islam itu mudah, dan cara pemahaman seseorang itu yang menyebabkan Islam itu nampak sukar. Aku sering terdengar orang berkata “ Alaa, dah takdir, nak buat macam mana”. Tapi kita manusia sebenarnya mampu megubah takdir kita, jika kita berusaha. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan manusia itu sendiri mengubah nasibnya sendiri. Jujur aku katakan, aku juga pernah hanyut dalam arus “Alaa, dah takdir, nak buat macam mana”. Mungkin masih hanyut, tapi aku cuba untuk keluar dari arus kepompong itu. Betullah kata orang, tidak akan ada insan yang perfect, tapi wujudnya pasangan yang perfect, kerana manusia ini saling memerlukan antara satu sama lain. After all, itulah function kawan kan?


Sunday, November 15, 2009

past.


2005/1 Arif.

Aku masuk ke kelas ni dengan penuh bangga. Mana taknya, kelas budak pandai bak kata orang. Aku tak kenal sesiapa. Langsung. Zero. Mana taknya, from ss14, tercampak jauh nun ke usj8. And tahap kemaluan aku memang hebat kala itu. Aku tidak tegur orang yang tidak tegur aku. Aku buat hal aku sendiri. Orang yang pertama aku kenal, Akmal, then, Malek, Amar, Hafiz, Fahmy, Fadhli, Shazwan, Farouk, Johan, Danial, Omar. Aku lebih rapat dengan Fahmy, Amar, Malek, Fadhli, Malek waktu tu. Kebetulan Malek jiran lama aku, Fahmy adik kawan abg aku, and Fadhli kawan aku dari sekolah agama dulu. Haha. Badan kecik kecik je semua waktu tu. Pandang perempuan pun, fuhhh. GAYAT.

2006/2 Arif.
Aku masih berada di tahap yang memberangsangkan. Masih di takuk lama, but in a good way ofC. Tahun ni lebih banyak mengajar aku erti persahabatan dan kehidupan. Aku mula tinggal seorang diri di rumah, makanan cari sendiri, semua kerja aku buat sendiri. Aku lebih rapat dengan Amar tika itu. After koku, dia selalu stayback rumah aku. Dia ajar aku cara gosok baju. Pertama kali aku gosok baju, itupun dengan bantuan dia. Form 2, aku agak bermaharajalela di sekolah. Maklumlah, sesi petang, aku lah senior kan. Ramai junior yang aku kenal tika itu, aku dan gang boleh dianggap rockstar lah waktu tu. Entah, mungkin bajet rockstar :p

p.s ; kami dah mula meninggi ;)

2007/3 Arif.
Ahh. Tahun keramat, tapi aku masih mampu berada di dalam kelas yang agak dihormati ini. Tahun ini, aku kesunyian. Tiada lagi Fahmi di sekolah ini. Apa apa yang terjadi, semua aku kena handle sendiri. Dulu waktu krs, Fahmi yang selalu handle, and aku agak dihormati lah, mungkin sebab Fahmi. Tapi time ni, aku mula perlahan lahan hidup atas kaki sendiri. Aku kenal, siapa kawan, siapa lawan. Siapa hipokrit siapa jujur. Gelaran adik Fahmi hilang sama sekali. Aku mula naik perlahan lahan. Tapi, aku tumbang juga akhirnya, aku keluar langsung dari KRS. Aku kurang active dan lebih fokus terhadap PMR. Tapi aku gagal juga. Im the only malay boy yang dapat 7A's for PMR. Others semua straight A's. Bayangkan aku menangis macam mana masa amik results.

2008/ 4 Cerdik (ENGINEERING)
Tahun ni agak malang. Kawan aku satu persatu tinggalkan aku, semua dapat tawaran ke sekolah asrama. Aku gagal. Kawan yang tinggal tika itu, hanya Danial, Faiz, Omar and Fadhli. Lama juga aku bersedih, akhirnya aku berjaya mendapat tawaran ke MRSM Kubang Pasu, Kedah. Tiga minggu aku bertahan di sana, akhirnya aku pulang ke usj8, darah daging aku. Sepanjang aku berada di kelas ni, macam macam terjadi. Aku lebih rapat dengan Danial waktu ini. Mungkin kerana rumah kitorang dekat, soo memang kitorang selalu lepak together. Bittersweet hidup aku hebat di tahun ini.

2009/ 5 Cerdik (ENGINEERING)
Pada awalnya, aku pindah ke USJ 12, sekolah yang sangat diagung - agungkan oleh kebanyakkan ibu bapa di sekitar Subang Jaya ni. Tapi itulah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Aku pulang semula ke USJ 8, darah daging aku. Aku sedih bila aku tak dapat join hiking ke Korbu time tu. Aku berjaya dipilih sebagai Ketua PRS, tapi kemudian ditukarkan jawatan, atas sebab sebab tertentu. Aku berjaya menjadi penolong jurulatih silat, kemudian aku berhenti, juga atas sebab sebab tertentu. Jatuh bangun aku sangat banyak pada tahun ini. Semuanya atas bantuan rakan rakan hidup mati aku.

Dan akhirnya, aku


Syukur alhamdullilah aku masih sempat, GRADUATE.



Saturday, November 14, 2009

50sen.



Aku ; "Wehh, kau ada 50sen tak?"

Omar ; "Takda, 10sen 10sen adalah"

Aku ; "Tak kisah, boleh je"

Omar ; "Kau nak berapa 10sen?"

Aku ; "Aku nak 50sen."

Omar ; "Aku takda, 10sen 10sen adalah"

Aku ; "Aku tak kisah la"

Omar ; "Aku tau, aku tanya, kau nak berapa 10sen?"

Aku ; "Haaaa? *thinking* Nak 5 lah bodoh!"

Omar ; "HAHAHAHAHAHA!"



Aku bodoh ke?